PERKHIDMATAN KAMI

 PERKHIDMATAN KAMI 

1. SEKTOR KEUSAHAWANAN
 A. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Objektif
Membangunkan usahawan Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat Program Keusahawanan MARA.

Strategi
1. Melaksanakan latihan keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Global.
2. Membangunkan tekno usahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi melalui
   kerjasama rakan strategik.
3. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan
    keupayaan usahawan dan perniagaan serta memenuhi keperluan Piawaian Global.
4. Menyediakan program pemasaran bersepadu bagi menembusi pasaran global.
5. Mewujudkan jaringan strategik bagi Pembangunan Keusahawanan Holistik .

Piagam Pelanggan
Semua pelanggan berhak mendapat layanan profesional seperti berikut:
1.    Setiap pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pembangunan Usahawan akan
      dilayan dalam tempoh 5-10 minit.
2.    Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh masa tiga (3) deringan.
3.    Menjawab surat dalam masa tiga (3) hari bekerja daripada tarikh surat diterima.
4.    Memproses permohonan yang lengkap daripada tarikh penerimaan bagi kursus dalam
       tempoh satu (1) bulan.
5.    Menyediakan baucer dan dokumen bayaran daripada tarikh penerimaan dokumen yang
        lengkap untuk tindakan Bahagian Kewangan MARA dalam tempoh tujuh (7) hari
        bekerja.




B. BAHAGIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PERNIAGAAN

Pengenalan
·         Menyediakan kemudahan ruang niaga/ ruang kilang untuk disewa  bagi menambah bilangan usahawan Bumiputera serta meningkatkan lagi tahap usahaniaga mereka

Fungsi
·               Menyediakan kemudahan premis perniagaan dan industri mengikut kesesuaian keperluan terkini dan semasa.
·               Memantap, memperkemaskan program sedia ada dan membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mampu menghasilkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah yang tinggi untuk pasaran global.
·               Mengambil tindakan untuk meningkatkan imej premis dan ruang niaga melalui pengindahan bangunan serta program pemasaran yang sistematik.
·                Melaksanakan program Pembangunan Penyewa bagi meningkatkan keupayaan pengurusan perniagaan, khususnya dalam aspek pengeluaran dan pemasaran untuk melahirkan K-enterpreneur.

Objektif Operasi
·         Menyediakan kemudahan ruang niaga dan ruang kilang untuk disewa.
·         Menambah bilangan usahawan Bumiputera.
·         Mempertingkatkan tahap kecemerlangan ruang niaga bagi menyegerakan pencapaian matlamat masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Piagam Pelanggan
·         Kami  berusaha  membina / membeli  78 projek premis perniagaan untuk bumiputera di seluruh negara dalam tempoh RMK9.
·         Kami akan berusaha memastikan kadar sewa   yang dikenakan sekurang- kurangnya 20% lebih rendah daripada kadar sewa pasaran.
·         Kami akan memutuskan permohonan penyewaan  dalam  tempoh  dua ( 2 ) minggu daripada   tarikh   laporan lengkap diterima.



C. BAHAGIAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Pengenalan
·         Kemudahan pembiayaan perniagaan disediakan untuk membantu Usahawan Bumiputera memulakan perniagaan atau menambah modal bagi meningkatkan perniagaan. 
·         Pembiayaan dilaksanakan mengikut Konsep Islam, bebas daripada riba.

Objektif
·         Untuk menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan ke arah menambah bilangan serta mempertingkatkan tahap Usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana.

Pembiayaan
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA adalah seperti berikut :




D. BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI DAN PERNIAGAAN

Pengenalan
·          Membangunkan peluang-peluang perniagaan terutamanya dalam bidang peruncitan dan pemborongan.
·         Mentransformasikan lepasan pelatih atau   pekerja teknikal menjadi usahawan.
·         Membangunkan industri makanan dan bukan makanan melalui penyediaan kemudahan dan insentif pengeluaran dan perkilangan
·         Membangunkan Industri IBS dalam sistem pembinaan terbuka bagi mencapai Pelan Halatuju IBS Nasional.    



Hala tuju strategik PSM 2006 -2015
·         Penambahan Aset & Ekuiti Bumiputera Ke Arah Merealisasikan Masyarakat Perdagangan &
Perindustrian Bumiputera (MPPB)

Objektif
·         Melahirkan usahawan IKS berdaya tahan.
·         Meningkat dan memantapkan potensi IKS glokal
·         Melonjakkan capacity  dan capability IKS menjadi Top Entrepreneur.
·         Mencipta peluang, kemudahan dan insentif yang konstruktif dan berpiawaian tinggi.
·         Menterjemahkan agenda MPPB kepada realiti secara optimum.
Pendekatan & Strategi
·         Pendekatan project creation private driven
·         Pembangunan berkluster secara selektif
·         Pembangunan value chain & supply chain Bumiputera.
·         Lanskap Peruncitan
·         Lanskap "Conversion"
·         Lanskap Vendor
·         Lanskap Smart Auto
·         Lanskap IBS-Hardware
















SKOP PEMBIAYAAN PERNIAGAAN


A. SKOP
Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti berikut : -

1. Pembuatan
Contoh :-Perusahaan perkilangan / industri berasaskan ;-
·         Fabrikasi logam;
·         Elektrik dan komponen elektronik;
·         Makanan dan minuman;
·         Plastik;
·         Tekstil pakaian dan kulit;
·         Percetakan dan penerbitan;
·         Telekomunikasi;
·         Memproses hasil pertanian;
·         Lain - lain.

2. Perdagangan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli barangan seperti :-
·         Pasar mini ( mini market);
·         Peruncitan;
·         Pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman;
·         Penjualan perabot;
·         Pemasaran hasil pertanian;
·         Pengendalian stesen minyak;
·         Lain - lain lagi.
  
3. Perkhidmatan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti :-
·         Guaman;
·         Klinik;
·         Perkhidmatan menyediakan makanan (restoran / kedai makan);
·         Kedai gunting rambut (lelaki dan wanita);
·         Kedai jahitan;
·         Lain - lain lagi.

4. Pemborongan
Contoh :- Meliputi kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti :-
·         Membina bangunan;
·         Membuat jalan;
·         Ubahsuai bangunan;
·         Pendawaian elektrik;
·         Lain - lain lagi.


B. KAEDAH DAN KONSEP
Kaedah / Konsep
1. AL BAI - BITHAMAN AJIL
Maksud: Jualandenganhargatangguh
Pembiayaan boleh digunakan untuk semua tujuan berkaitan dengan perniagaan seperti membeli harta tetap, keperluan modal kerja, belanja mengurus dan jaminan bank. (Bank Guarantee).
2. AL – MURABAHAH
Maksud : Jualan dengan tambang untung
Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang - barang separuh siap, barang - barang siap dan kelengkapan alat ganti.
3. AL – IJARAH
Maksud:Pajakanatausewaan
Pelanggan yang memerlukan peralatan loji, mesin, kenderaan atau aset mudah alih boleh menyewa peralatan tersebut daripada MARA . Setelah bayaran sewa diselesaikan, peralatan berkenaan dipindahmilik kepada pelanggan.
4. BAI AL – INAH
Maksud : Menjual Sesuatu Barangan Dengan Harga Tangguh Kepada Pembeli
Konsep ini khusus bagi kegunaan belanja mengurus (overhead) sahaja, seperti membayar gaji, sewa premis, elektrik dan air.
5. MUSYARAKAH MUTANAQISAH
Maksud : Perkongsian di bawah kontrak Musyarakah Islam diantara MARA dan Pelanggan mengikut Perjanjian ini yang mana salah satu pihak berhak untuk menebus balik kesemua pegangan syer pihak yang satu lagi dalam perkongsian mereka.
Konsep ini digunapakai dalam Skim Pembiayaan Premis Komersial.

C. SKIM PEMBIAYAAN

SKIM
Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP)
Skim Pembiayaan Komersial
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE)
Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
Skim ini merangkumi pembiayaan untuk projek perdagangan, perkhidmatan, pembuatan dan pengangkutan.
Skim pembiayaan ini bagi tujuan : -
i)Pembelian Premis Perniagaan yang bertaraf kekal dan siap dibina.
ii) Pembinaan Premis Perniagaan di atas tanah milik sendiri.
Pembiayaan untuk kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan kerja-kerjaelektrik. Pembiayaan meliputi pemborong kelas F, E dan D bagi kerja-kerja agensi awam.
SJUM merupakan satu kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera yang terpilih. Melalui skim ini MARA bekerjasama dengan bank komersial (BMMB) yang menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.
HAD PEMBIAYAAN
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian

sehingga RM250,000.00
Syarikat Sendirian Berhad

sehingga RM500,000.00
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian

sehingga RM250,000.00
Syarikat Sendirian Berhad

sehingga RM500,000.00
sehingga RM500,000.00
Jaminan dari RM500,000.00 sehingga RM 2 Juta.


 DSYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera;
·         Umur 18 tahun ke atas;
·         Pengalaman / pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi;
·         Menjalankan perniagaan sepenuh masa;
·         Sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek;
·         Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada pihak berkuasa;
·         Dapat mengemukakan cagaran / jaminan yang mencukupi;
·         Perlu mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada 6 bulan.
·         Menjalani Ujian PSIKOMETRI (kecuali skim SPiKE
·         


E. TEMPOH / KADAR KEUNTUNGAN

Bayaran Ansuran Pembiayaan
 Skim
 Kadar Keuntungan
Amaun
Tempoh
RM 10,000 Ke Bawah
1 - 4 Tahun 
SPPP
4 % setahun
RM 10,001 Hingga RM 50,000
1 - 5 Tahun
SPPP
RM 50,001 Hingga RM250,000 
1 - 10 Tahun
SPPP
RM250,001 Hingga RM500,000
1- 15 Tahun 
SPPP
Sehingga RM500,000
Maksimum 20 tahun
Premis Komersial
Sehingga RM500,00
Mengikut Jangkamasa Kontrak
SPiKE
6 % setahun
RM500,001 HINGGA RM 2 juta
Tempoh Jaminan sehingga 15 tahun
SJUM
Mengikut Kadar Keuntungan Bank Komersial

F. CARA MEMOHON
Set Borang Yang Lengkap :-
SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK EKSPRES (SPiKE) DAN SKIM PEMBIAYAAN PENINGKATAN PERNIAGAAN (SPPP)

SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI PEJABAT MARA DAERAH / NEGERI YANG BERHAMPIRAN DENGAN TUAN PUAN.

1.  Borang Permohonan Pembiayaan Perniagaan
2.  Borang Maklumat Peribadi
3.  Borang Jaminan/ Borang Cagaran
4.  Senarai Semak Permohonan Pembiayaan

BAYARAN PEMPROSESAN
 Jumlah Pembiayaan  
 Kadar Bayaran
RM5,000
RM    5
RM 5,001 hingga RM 20,000  
RM   20
RM 20,001 hingga RM 50,000 
RM   50
RM 50,001 hingga RM 250,000 
RM   100
RM 250,001 ke atas
RM   200

SKIM JAMINAN USAHAWAN MARA (SJUM)
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan rancangan perniagaan kepada bank komersial yang berhampiran.
·         BAHAGIAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA
·         BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (BMMB)




G. PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
Apa itu Rancangan Perniagaan                        
1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Tujuan
Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :
1.Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
2.Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
3.Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
4.Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
5.Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan
1.Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                   
2.Statistik
3.Data ekonomi
4.Data perdagangan
5.Penyelidikan pasaran

Kandungan
 1.
 Jadual kandungan
 7.
 Rancangan organisasi/pengurusan
 2.
 Ringkasan eksekutif /sinopsis
 8.
 Rancangan pemasaran
 3.
 Pengenalan
 9.
 Rancangan pengeluaran/operasi
 4.
 Tujuan Penyediaan
10.
 Rancangan kewangan
 5.
 Latar belakang perniagaan/syarikat
11.
 Jadual pelaksanaan projek
 6.
 Latar belakang pemilik
12.
 Rumusan


H. JAMINAN / CAGARAN
Jaminan yang yang diterima/disyaratkan oleh MARA adalah seperti berikut :-
1.Jaminan Orang Perseorangan (Bermajikan)
    •    Kakitangan Sektor Awam
    •    Kakitangan Sektor Swasta
Atau
2.Tanah
    •    Bebas dari sekatan
    •    Milik Sendiri
    •    Milik Ibu/Bapa/Saudara
Atau
3.Gabungan Penjamin & Tanah
Jaminan Tambahan:-
·         Jaminan Ahli Lembaga Pengarah untuk Syarikat Sdn. Bhd.
·         Surat Ikatan Serahak bagi Pembiayaan Kontrak
·         Perjanjian Debenture bagi Pembiayaan RM250,001 dan ke atas

jj

p  PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
a
 SEKTOR PENDIDIKAN
Bahagian Pengajian Tinggi
Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) merupakan salah satu bahagian di sektor pendidikan MARA yang bertanggungjawab mengawal, merancang dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dijalankan di KPM, KM, UniKL, KPTM dan GMI. Di samping itu, BPT juga memainkan peranan untuk menjayakan matlamatnya seiring dengan matlamat MARA iaitu:
"Untuk melaksanakan tanggungjawab ke arah peningkatan pendidikan profesional dan separa profesional dalam bidang perakaunan,perdagangan dan pengurusan perniagaan serta kejuruteraan teknologi melalui institusi-institusi pengajian di bawah kawalannya."
Dasar kualiti
·         BPT beriltizam untuk menawarkan perkhidmatan pendidikan dan pengurusan kurikulum yang berkualiti melalui pelaksanaan pengurusan kualiti yang sentiasa dibuat penambahbaikan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing
 
 
Piagam Pelanggan
·         Mengeluarkan surat tawaran kemasukan ke KPM dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tutup permohonan.
 
·         Memastikan setiap pengunjung kaunter dilayani dalam tempoh tidak melebihi 15 minit.
 
·         Menjawab panggilan telefon dalam masa 3 deringan.
 
·         Menyediakan baucar bayaran dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
 
·         Memaklumkan keputusan rayuan pelajar dalam tempoh 1 minggu dari tarikh penerimaan surat rayuan.
 
·         Menjawab surat-surat dalam masa 1 minggu daripada tarikh surat diterima.


Bahagian Pendidikan Menengah

Matlamat
Menjadi penyumbang utama kepada pengwujudan K-Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam generasi keenam ilmu inovasi (6th Generation Innovation).
Nilai Teras
Menerapkan nilai Sainstifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.
 
Objektif Operasi
·         Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai  pencapaian aktiviti pendidikan menengah di MRSM sebagai tapak semaian yang kukuh dan mantap untuk meneruskan pembangunan insan bumiputera ke arah mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera generasi kedua.
 
·         Mewatakkan pelajar lepasan MRSM sebagai pelajar yang mempunyai jati diri, pemikiran strategik, kreatif dengan kekuatan daya tahan, daya saing dan daya juang berlandaskan nilai-nilai murni sebagai asas kepada budaya keusahawanan.
 
·         Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian aktiviti pembangunan Kurikulum Asas dan Terbitan bagi MRSM untuk menjamin Piawai Kualiti Pendidikan menengah memenuhi aspirasi kerajaan Malaysia sebagai hak kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
 
·         Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti kokurikulum (asas dan terbitan) dengan tujuan membina modal insan yang cergas dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran globalisasi.
 
·         Merancang, melaksanakan dan memilih pelajar bumiputera yang berpencapaian sederhana, berpendapatan rendah, berpotensi, berbakat, dan berminat untuk meneruskan pengajian menengah di MRSM bagi memenuhi syarat kemasukan ke IPT.
 
·         Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti pembangunan sahsiah pelajar dalam bidang-bidang strategik dengan tujuan membantu pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji.
 
·         Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai keberkesanan aktiviti keusahawanan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar pada peringkat awal.
 
·         Merancang, memantau dan menilai kemudahan dan khidmat pengurusan pendidikan bagi memperkasakan sistem pendidikan MRSM berdasarkan piawai kualiti pendidikan MARA.
 
·         Merancang, melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian pembangunan profesion perguruan di MRSM supaya guru-guru MRSM mencapai tahap profesionalisme yang cemerlang.
 
·         Merancang, melaksanakan dan memantau penyelidikan di MRSM bagi memperkemaskan dan mengantarabangsakan sistem MRSM.
 



Bahagian Penganjuran Pendidikan
PENGENALAN
Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan meliputi usahawan yang boleh menjana kekayaan, melahirkan tenaga kerja kompeten dan pelajar Bumiputera cemerlang. Untuk mencapai matlamat ini BPP menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran di pelbagai peringkat pengajian bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan. Tumpuan utama diberikan kepada bidang pengajian yang merangkumi bidang-bidang keberhasilan pendapatan tinggi dan akan menumpukan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu Minyak, Gas & Tenaga, Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan, Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektrik & Elektronik, Pemborongan & Peruncitan, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Komunikasi & Infraskruktur, Pertanian, dan Greater Kuala Lumpur.
BPP memfokuskan untuk melahirkan lebih ramai graduan bertaraf Doktor Falsafah dan Profesional ke arah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai minda kelas pertama demi mencapai matlamat pembangunan modal insan berteraskan kepada perkembangan bakat keperluan negara.
Untuk menjaga kebajikan para pelajar tajaan MARA di luar negara, BPP juga memiliki 8 cawangan Pejabat MARA Luar Negara iaitu di Amerika Syarikat, England, Jerman, Ireland, Australia, Indonesia, Mesir dan Russia.

Ø  SKIM PINJAMAN PELAJARAN (SPiP)

SPiP Program Khas


·         Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya.
 
·         Antara program Persediaan yang diitawarkan adalah ADFP, A-Level, International Baccalaureate (IB), Australia Matriculation (AUSMAT) dll.
 
·         Pelajar akan disaring berdasarkan kecemerlangan akademik serta ujian psikometrik dan temuduga.
 
·         Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan boleh memohon melalui iklan yang akan diumumkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.
 
·         Pelajar perlu mengikuti Program Persediaan yang akan dijalankan di dalam negara serta mencapai keputusan akademik cemerlang sebelum ke luar negara.
 


SPiP Pinjaman Terbuka
·         Pinjaman ini diberikan khas kepada pelajar Bumiputera yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian MARA (IPMa) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) dalam negara.
·         Permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem online eEduloan yang boleh dicapai di http://eduloan.mara.gov.my
·         Pelajar yang layak akan ditawarkan pinjaman meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun tesis.

Program Pasca Siswazah Dalam dan Luar Negara
·         Permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Ijazah Pertama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, profesional dan doktor falsafah di dalam dan luar negara.
·         Pelajar perlu mendapatkan tawaran daripada universiti / institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan / MQA dan universiti terkemuka luar negara.
·         Penajaan adalah untuk pengajian secara Kerja Kursus (by Coursework) dan Penyelidikan (by Research)

PENAJAAN MENGIKUT PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN
PERINGKAT PENGAJIAN
INSTITUSI PENGAJIAN / MOD PENGAJIAN
TEMPOH PENAJAAN
IPMa
IPTA
IPTS
Pengajian Separuh Masa (Dalam Negara Sahaja)
Pengajian Sepenuh Masa (Dalam dan Luar Negara)
Separuh masa
Sepenuh masa
Separuh masa
Sepenuh masa
Separuh masa
Sepenuh masa
 Diploma
-
-
-
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
-
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
-
3 tahun
 Ijazah Pertama
-
-
-
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
-
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
6 tahun
4 tahun
 Ijazah Sarjana
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
4 tahun
2 tahun
 Ijazah Doktor  Falsafah
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
8 tahun
4 tahun
 Profesional
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
http://www.mara.gov.my/image/image_gallery?uuid=278631b8-e37a-4a6a-a51c-7377d3b66b58&groupId=14113&t=1362562546491
4 tahun
2 tahun






FOKUS PENAJAAN PENAJAAN
Ø  Bahagian Penganjuran Pelajaran menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Foundation, Diploma, Ijazah Pertama / Meister, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Bidang-bidang yang menjadi fokus penajaan adalah berlandaskan outcome (outcome-based sponsorship) seperti berikut:
Outcome
Discipline / Specialisations
 Leaders
Social Sciences, Business Mgt, Islamic Scholarship, Military & Police Sciences
 Professionals
Healthcare, Medical Sciences, Veterinary, ICT, Laws, Engineering, Technology, Material  Sciences, Finance & Banking, Professional Certifications, Aerospace Technologies, Robotics & Artificial Intelligence
 Meister
Craftsmanship, Technical certifications, OJT Fashion & Textiles, Technical Skills
 Global Competence  Workforce
STEM, Applied Sciences, O&G specialists, Aviation, Education, Media & Entertainment Technology, Sport Sciences, Navigation & Logistics, Languages
 Entrepreneurs
Biotechnology & Oleochemicals, Automotive, Agri/horti/aqua-cultures, Architecture, Tourism, Industrial Design, Communication Technologies, Visual Arts, Culinary Arts, Cyber Security

SYARAT-SYARAT PENAJAAN
·         Skim Pinjaman Pelajaran MARA hanya terbuka kepada pelajar Bumiputera dan Warganegara Malaysia sahaja;

·         Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi yang lain bagi pengajian/peringkat pengajian yang sama;

·         Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja bagi pengajian sebelumnya atas sebab tindakan disiplin;

·         Bebas daripada atau mendapat penangguhan kontrak perkhidmatan (sekiranya ada) bagi tempoh pengajian yang hendak diikuti;

·         Aktif di dalam aktiviti kokurikulum semasa di kolej/universiti;

·         Diperakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Panel Doktor yang dilantik oleh Majlis MARA bagi pengajian luar negara;tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;

·         Mematuhi syarat kelayakan akademik yang telah ditetapkan oleh MARA;

·         Kelayakan had umur semasa memohon adalah seperti berikut:

PERINGKAT
DALAM NEGARA
LUAR NEGARA
 Diploma
< 35 tahun
Tidak ditaja
 Ijazah Pertama
< 40 tahun
30 tahun
 Ijazah Sarjana
< 45 tahun
35 tahun
 Ijazah Doktor Falsafah
< 45 tahun
40 tahun












Bahagian Kemahiran dan Teknikal


Pengenalan
Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) merupakan salah satu bahagian yang ditempatkan di bawah Sektor Pendidikan MARA. Latihan kemahiran MARA telah bermula di Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka pada tahun 1968. Sehingga kini, BKT mengendalikan 10 buah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan 13 buah Institut Kemahiran MARA (IKM) di seluruh Malaysia.
Dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir, maka pelbagai bidang dan program telah ditawarkan bagi memastikan latihan kemahiran MARA yang kini dikenali sebagai Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV), dapat mengisi dan menyumbang keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri dan negara.


Objektif
1.      Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi.
2.      Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal dalam industri.
3.      Menyediakan kemudahan latihan dan infrastruktur yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.
4.      Meningkatkan kompetensi pengajar bagi memenuhi keperluan i-pengajar.
5.      Melahirkan "potential technopreneur" yang berdaya saing dan berdaya tahan.
6.      Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat.



Bahagian Teknologi Pendidikan


Visi Korporat
Bahagian Pembangunan Sumber bertekad dalam usahanya menjadi peneraju bagi menggalak, membangun dan mengedarkan maklumat, ilmu pengetahuan dan repositori harta intelek yang inovatif dan berdaya kreatif, berkesan serta berkesinambungan. Matlamat akhirnya ialah maju ke hadapan dalam menyokong usaha-usaha MARA menghasilkan k-usahawan, k-kakitangan dan k-pertubuhan bagi merealisasikan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang kompetitif dan berdaya tahan).
Objektif

Menggalak, membangun dan meningkatkan perkhidmatan repositori harta intelek, maklumat dan pengetahuan dalam pelbagai media serta menyebarkannya secara berkesan, berkualiti serta berterusan, ke arah melahirkan warga MARA yang berketerampilan dan berdaya saing selaras dengan perkembangan semasa.
Objektif Operasi 

Bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan operasi, objektif-objektif yang dicadangkan adalah:-
·         Menubuhkan galeri dan arkib supaya peranan Perpustakaan Digital  MARA ditingkat dan dikembangkan dalam usaha mengumpulkan serta membina repositori maklumat dan knowledge hub (Rancangan Malaysia Ke Sembilan) selaras dengan peranan MARA sebagai pusat maklumat untuk bumiputera
·         Meningkatkan pengeluaran bahan-bahan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)  dalam pendidikan  menengah dan latihan kemahiran dengan menggunakan pendekatan Learning objects secara on-line dan CD-ROM yang boleh digunakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa)  melalui portal pendidikan mulai tahun 2006.
·         Menggalakkan penggunaan teknologi dan komputer dengan meningkatkan promosi keilmuan dan kegunaan pelbagai media dalam pembelajaran melalui portal pendidikan dan pencarian maklumat.
·         Mengeluarkan produk-produk berkualiti serta mengikut kehendak pelanggan dalam pelbagai bentuk dan format sama ada analog atau digital meliputi  bahan web-based, audio-visual dan bercetak, seperti sijil, risalah, majalah, video streaming, VCD, audio CD, montaj perasmian majlis-majlis MARA, repositori foto galeri, CD-ROM dan bahan Pengajaran & Pembelajara e-learning.
·         Memberikan perkhidmatan rakaman audio-visual di studio atau di lokasi untuk majlis-majlis MARA atas permintaan pelanggan dan sebagai koleksi dokumentasi bahan repositori maklumat pada masa hadapan.


Piagam Pelanggan
Kami di BTP berazam untuk memberikan perkhimatan dan kemudahan yang terbaik dengan cara berikut :-
 
·         Pelanggan akan memperoleh produk rakaman audio-visual,  rakam salin CD, percetakan foto yang tidak memerlukan kerja suntingan dan kerja grafik dalam tempoh 3 hari bekerja mengikut giliran.
 
·         Pelanggan akan memperoleh produk kreatif persembahan montaj dan multimedia, penerbitan audio-visual yang disunting dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja berdasarkan  kualiti produk yang dipersetujui bersama dan mengikut giliran.
 
·         Pelanggan akan memperoleh secara berterusan produk Pengajaran & Pembelajaran e-learning secara on-line dan CD-ROM interaktif yang selaras dengan silibus terkini bagi pendidikan menengah dan latihan kemahiran
 
·         Pelanggan akan memperoleh maklumat tentang koleksi bahan bacaan di Perpustakaan Digital MARA dalam masa 3 minit dengan  menggunakan sistem ILMU.
 
·         Permohonan pinjaman bahan bacaan oleh pelanggan akan diproses dan diluluskan dalam masa 5 minit.
 
·         Pelanggan akan memperoleh  perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan bagi bahan yang tiada dalam koleksi Perpustakaan Digital MARA dalam masa 2 hari (bergantung kepada kemudahan perolehan perpustakaan tersebut).
 
·         Pelanggan akan dapat membuat tempahan buku di Perpustakaan Digital serta- merta secara on-line melalui ILMU dan akan dilayan sebaik sahaja buku/bahan berada dalam sirkulasi.
 
·         Pelanggan akan memperoleh  maklumat, galakan, bimbingan serta promosi keilmuan terkini  secara berterusan  tentang teknologi pelbagai media.









No comments:

Post a Comment