MAKLUMAT KORPORAT

         
                               
PEJABAT MARA DAERAH KUALA LANGAT
(PMD K.LANGAT)


Bangunan Pejabat MARA Daerah Kuala Langat terletak di Pekan Banting, Selangor. Pejabat MARA Daerah Kuala Langat ini telah mula beroperasi di daerah Kuala Langat bermula pada tahun 1977 sehingga kini. Bangunan ini beroperasi di No 22, Jalan Cemerlang 2, Pusat Perdagangan Banting, 42700, Banting, Selangor Darul Ehsan. Premis ini terletak berdekatan dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Premis ini mula beroperasi pada jam 8.00am sehingga jam 5.00pm. Lokasi ini merupakan lokasi keempat Pejabat MARA Daerah Kuala Langat.

Dahulunya, Pejabat MARA Daerah Kuala Langat terletak di No 168 Tingkat 1 Jalan Bunga Pekan 42700 Banting Selangor. Premis ini terletak di laluan kedua tersibuk di bandar Kuala langat. PMD Kuala Langat menyewa premis milik koperasi dengan sewa sebanyak RM 2,300.00 sebulan. PMD Kuala Langat mula beroperasi di Kuala Langat tahun 1977 dengan menyewa di bangunan Bank Rakyat.  

Pejabat MARA Daerah Kuala Langat terdiri daripada tiga kakitangan tetap iaitu En. Mohd. Iqbal Bin Mohd Saidi (Pegawai MARA Daerah Kuala Langat), En. Mohd Hanafiah Bin Mohd Ambia (Pen. Pegawai MARA Daerah Kuala Langat) dan En Mat Raya Bin Idris (Pembantu Tadbir MARA Daerah Kuala Langat). 

Pejabat MARA Daerah Kuala Langat menawarkan beberapa perkhidmatan dan beberapa kemudahan kepada rakyat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami adalah dalam bidang 'Keusahawanan' dan 'Pendidikan'. 



Kakitangan Pejabat MARA Daerah Kuala Langat



PEGAWAI MARA DAERAH KUALA LANGAT
EN. MOHD IQBAL BIN MOHD SAIDI


PEN. PEGAWAI MARA DAERAH KUALA LANGAT
EN. MOHD HANAFIAH BIN MOHD AMBIA




PEMBANTU TADBIR MARA DAERAH KUALA LANGAT
CIK INTAN SURIYATI BINTI OMAR
       



No comments:

Post a Comment