AKTIVITI KAMI

28 DISEMBER 2013-

PROGRAM KARNIVAL PELANCARAN MINI RTC SUNGAI LANG TENGAH BERSAMA PROGRAM MENTOR MENTI AGENSI MARA & BULAN DAKWAH 2013 ANJURAN MASJID SUNGAI LANG TENGAH


GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG :

Pertandingan Memancing Ikan :)




Aktiviti Perniagaan Usahawan Amanah Ikhtiar :)
Acara Sukaneka








Pameran Pendidikan

 Pameran "Sungai Lang Bikers" :)

Pemeriksaan Kesihatan 


 Ketibaan Warga Penduduk dan Agensi Jabatan :









Pelancaran Program Karnival Mini RTC:





Aktiviti Sukaneka :







Seminar Keusahawanan Bersama Yatt Hamzah :





Ketibaan Dato' Nursiah Binti Arshad - Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan - KKLW :







09/09/2013 -

-Majlis silaturrahim bersama anggota kerja GIATMARA Negeri Selangor.
-Majlis ini dirasmikan oleh YB DATO' DR HJ JAUJAN BIN HJ SAMBAKONG.




Aturcara Majlis:
2.00 pm-Pendaftaran anggota kerja GIATMARA Negeri Selangor.
2.30 pm -Ketibaan YB DATO PENGERUSI GIATMARA.

              -Nyanyian NegaraKu
              -Bacaan doa.
              -Taklimat khas Pengarah GIATMARA Negeri Selangor.
              -Ucapan YB DATO' DR HJ JAUJAN BIN HJ SAMBAKONG.
              -Penyampaian cendehati.
4.00 pm -Jamuan ringan
              -Interaksi tetamu khas.
5.00 pm  -Bersurai.


Gambar Aktiviti 

                                     









01 & 02/07/2013

Pejabat MARA Daerah Kuala Langat telah menerima kunjungan berilmiah daripada para usahawati dari Negeri Pahang. Mereka terdiri daripada golongan wanita berumur 18 tahun dan ke atas. Jumlah para usahawati seramai 67 orang. Kesemuanya usahawati tersebut berasal daripada Daerah Pekan, Pahang. 


Pada 1 Julai 2013, mereka mengunjungi kilang pembuatan biskut di Kampung Kundang, Kuala Langat iaitu "Yuzi Jaya Enterprise" dan "Ani Biskut". Kedua-dua pengusaha ini bepengalaman luas dalam bidang pembuatan biskut dan kuih-muih. Di sana, para usahawati menerima ilmu pengetahuan dalam pembuatan pelbagai jenis biskut sekaligus mempelajari ilmu pemasaran. Pengetahuan ini amat membantu mereka yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.



 Lawatan di Ani Biskut





Pada 2 Julai 2013, lawatan diteruskan ke kilang Jaez Halal Mart yang merupakan pengusaha borong kerepek di Kampung Sungai Kelambu, Kuala Langat. Di sana, para usahawati mengambil kesempatan untuk membeli-belah kerepek secara pukal kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding harga di pasaran kawasan mereka. Mereka juga menimba ilmu dengan meninjau tempat pengkhususan kerepek dan air minuman berkarbonat.





























































Setelah puas meronda di Jaez Halal Mart pula,kami meneruskan perjalan ke Kerepek House Fazz bertempat di Sg Lang, Kuala Langat.Tidak jauh beza dengan Jaez Halal Mart,Kerepek House Fazz juga merupakan pengeluar kerepek yang di ketahui oleh ramai penduduk di sekitar daerah ini. Di sana pula terdapat pelbagai jenis aneka kerepek serta kuih raya yang penuh dengan gaya dan warna yang menarik bagi sesiapa yang datang berkunjung ke kedai tersebut.






















Akhir sekali,setelah tamatnya aktiviti pada hari ini.kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi datang.





 08/01/2013 - 

Pihak MARA Daerah Kuala Langat telah membuat lawatan susulan di Kampung Sungai Kelambu. Kami telah melawat sebuah premis usahawan yang ingin memohon pinjaman MARA, iaitu Ayza Teguh Enterprise. 

Ayza Teguh Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menjual pelbagai jenis tudung, pakaian lelaki dan wanita yang berasaskan batik, pakaian kanak-kanak, dan pelbagai jenis kain pasang. Premis ini beralamat di Lot 3477, Kampung Sungai Kelambu, 42700 Banting, Selangor.

Pada permulaannya, premis ini hanya menumpukan sasaran pasaran di sekitar Sungai Kelambu dan Sungai Lang tetapi kini pasaran perniagaan ini semakin meluas apabila pelanggan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur turut menjadi pelanggan tetap di situ. Tambahan pula, pelanggan yang datang bukan sahaja membeli secara runcit malahan ada juga yang datang membeli secara borong ataupun pukal. 
   
Ayza Teguh Enterprise menawarkan harga yang berpatutan bersesuaian dengan kualiti kain yang dijual. Perniagaan ini mempunyai pelanggan setia disebabkan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan jualan yang diberikan. 


GAMBAR SEKITAR PREMIS

Pandangan premis dari bahagian hadapan

Antara baju batik lelaki dan tudung yang dijual



Pakaian lelaki dan wanita

Pakaian wanita

Pemilik, Pn. Aizam Yusof bersama PPMD MARA, En. Hanafiah


Antara koleksi tudung terbaru yang dijual dengan harga berpatutan


Tudung labuh yang mengikut fesyen terkini turut dijual




 28 - 30 November 2012


Pejabat MARA Daerah Kuala Langat telah menganjurkan Kursus Hybrid Pemasaran. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan pemasaran dalam dunia teknologi serba canggih ini. Kursus ini menggabungkan pemasaran secara konvensional, iaitu secara terus kepada pelanggan, dan secara dalam talian (online),  seperti Facebook dan YouTube.

En. Abdul Hannan selaku penceramah Kursus Hybrid Pemasaran. Para peserta didedahkan dengan cara-cara pengurusan pemasaran. Sepanjang tempoh kursus tersebut, pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya simulasi perniagaan di mana usahawan perlu membuat satu jenis produk yang memenuhi citarasa pelanggan dan mereka perlu mencari sasaran pelanggan.





























9 - 11 November 2012


Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Selangor telah diadakan di tapak Bazaar Banting pada jam 10 am hingga 10 pm. Ramai pegunjung datang ke gerai MARA Daerah Kuala Langat dan GIATMARA Banting. Gerai kami menjadi tumpuan para pengunjung yang datang untuk bertanya tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani pada 10 November 2012. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti cabutan bertuah yang menawarkan hadiah dan sumbangan daripada agensi-agensi terlibat. MARA turut menyumbang sebanyak 5 buah hamper. Selain itu, acara yang dijalankan adalah seperti rebut kerusi, kuiz, timbang bola sambil memakai kain batik, mengopek kelapa ,memotong buah nenas, mengubah sirih junjung, mengukir buah-buahan, gusti lengan, dan makan buah tembikai terpantas.




























26 September 2012

Pemantauan daripada dua pegawai Bahagian Pemantauan dan Inspektorat MARA (BPIN) di Pejabat MARA Daerah Kuala Langat. Pegawai tersebut terdiri daripada En. Abdul Afif b. Abdul Kader sebagai ketua dan En. Mohd Nasir b. Kassim. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan atas kesudian pegawai-pegawai BPIN datang ke sini.


Dari kiri: En. Mohd Iqbal, En. Abdul Afif, En. Mohd Nasir, En. Mat  Raya, dan En.  Mohd Hanafiah.

7 September 2012 

Encik Hanafiah, Pen. Pegawai MARA Daerah Kuala Langat telah melawat premis usahawan MARA yang memohon pembiayaan UKD di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.






3 April 2012

MARA Selangor telah menganjur Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Usahawan MARA. Majlis ini telah diadakan di Dewan Doto' Sri Abu Hassan, di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Selangor. Majlis ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Disamping itu,terdapat juga pelbagai gerai dibuka bagi menarik tetamu yang hadir. Majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Majlis telah dirasmikan pada jam 3.00 petang. Bagi pemohon pinjaman UK Dinamik yang berjaya, cek telah diserahkan kepada mereka pada hari tersebut.


Antara gambar-gambar sekitar majlis berlangsung:











No comments:

Post a Comment