Thursday, 12 December 2013

LAMAN UTAMA

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh





KATA ALU-ALUAN


Bangunan MARA menjadi tugu kemegahan dan simbol perjuangan Bumiputera dalam memajukan bangsa sendiri. Dalam usia MARA yang telah melewati setengah abad, bangunan MARA telah memperlihatkan wajah-wajah seni binanya yang berbeza-beza. Perbezaan tersebut dipengaruhi oleh faktor perubahan zaman dan keperluan MARA sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan kepada golongan Bumiputera. Bagai nada dan irama tidak dapat dipisahkan, sejarah seni bina bangunan MARA berkait rapat dengan sejarah perkhidmatannya kepada bangsa.

                                                                                                                     

SAAT MULA BERPUTIK


                                                     Menyingkap Tabir Silam.......


Sejarah awal MARA bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan apabila Lembaga Kemajuan Kampong dan Perusahaan atau lebih dikenali sebagai RIDA (Rural and Industrial Development Authority) dibentuk pada tahun 1950. Objektif awal RIDA ketika itu ialah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar yang rata-ratanya dihuni oleh masyarakat petani Melayu. 

                                                         Detik Bermula......

  • PENUBUHAN RIDA (1950)
          Penubuhan Lembaga Kemajuan Kampong dan Perusahaan (LKKP) atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) adalah berlandaskan kertas laporan yang dimajukan kepada Majlis Perundangan Persekutuan iaitu Kertas No. 10/1951.


                                                     Degupan Pertama.......

  • Dewan Latehan RIDA (1956)
Dewan ini berfungsi sebagai pusat cawangan latihan yang mengendalikan pelbagai program latihan dan kemahiran, khusus untuk anak-anak Melayu. Penubuhannya membolehkan penumpuan kearah merancang program masa hadapan umat Melayu. Pelbagai program berbentuk latihan dan kemahiran yang sebelum ini dilakukan secara usaha sama antara RIDA dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain, dijalankan sendiri di institusi ini. 

    

No comments:

Post a Comment